Sunday, November 18, 2012

Konsert The Wanderers USM meriah

Diterbitkan di Berita Kampus USM

Konsert The Wanderers meriah

Konsert The Wanderers ke-21 Universiti Sains Malaysia (USM) bertemakan “BAKTUN XIII” telah diadakan pada 13 Oktober di Dewan Sri Pinang dan mempersembahkan 18 buah lagu dengan penuh menarik.

Pengerusi Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata projek Mirrors of George Town’ iaitu projek seni contengan dinding telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai terutama golongan muda berkunjung ke Pinang.
“Saya berharap semua siswa-siswi USM akan terus bersama-sama memajukan Pinang sebagai bandar seni, muzik dan budaya dan konsert ini merupakan sebahagian daripada usaha itu,” katanya dalam ucapan perasmian majlis pembukaan konsert.
Pengerusi Konsert, Yap Ping Ying, Sains Matematik 3, berkata konsert itu adalah hasil titik peluh semua siswa-siswi yang terlibat selepas berusaha selama 2 bulan menjalani latihan.

“Melalui persembahan ini, penonton dapat lihat prinsip persatuan iaitu mencipta lagu sendiri, mencipta gaya sendiri kerana semua lagu yang dimainkan ialah ciptaan ahli persatuan ini,” kata dalam ucapannya.
Dia juga berterima kasih kepada pelbagai penaja yang membantu menjayakan konsert itu.

Pengerusi Persatuan Wanderers, Choo Chun Sheng, Pengurusan 3, berkata Persatuan Wanderers memberi peluang kepada siswa-siswi USM terdedah dengan bidang muzik dan mencipta lagu sendiiri.
Katanya, Persatuan Wanderers juga mencungkil bakat pelajar dalam pengerusi acara, menari, bermain alat muzik dan lain-lain. 



Konsert bertemakan “BAKTUN XIII” bermaksud “harapan” diserikan dengan lagu yang mempunyai elemen muzik rock, jazz, R&B, lagu pantas dan lagu perlahan.

Konsert pada malam itu juga menyaksikan penyerahan cek bernilai RM2,000 daripada Persatuan Wanderers USM kepada Pusat Dialisis Fo Yi di Pinang sebagai tanda prihatin kepada kebajikan masyarakat.

No comments: